Malam ni sungguh panas , sampai tak boleh tidur . Bosan-bosan ni terdetik pulak nak update blog . Eh! Ayah tidur rupanya , kata nak tengok bola . Haiyoo , dah lah ambik remote dari orang sbb nak tengok bola , last2 dia yang tidur . Hmm , takpela jap lagi titew cilok remote tu balik eh . heehe . Hari ni sungguh seronok , nak tau kenapa? Jeng jeng jeng .........
Tadaaa!! hehehe , ekceli benda ni bukanlah seronok mana cuma after photoshoot ni *angkat kening* ni kiteorangpegi dinner dekat luar . Dinner dekat pizza hut je pun . Yang seronoknya kitaorang borak-borak , gelak-gelak one family . Kalu boleh masa tu nak hentikan masa . Hehe . Yang paling syok masa ayah cerita kan kisah masa ayah kecik-kecik . Ayah kata hutan dulu-dulu lawa sangat . Pokok tingggi2 tapi lantai hutan tu bersih je smpai nak tidur dekat situ pun selesa tapi sekarang lantai hutan dah penuh dengan rumput and semak . Me so jelly meh .
Nak tau tak , hari ahad lepas kami satu keluarga balik kampung sbb ada gotong royong bersihkan belakang rumah atuk . Belakang rumah atuk tu hutan . Huuu , jakun tengok hutan . heh . And then , nmpak lah pokok kelapa sawit . Rendah je pokok tu pastu try lah ambik buah dia tapi tak boleh . Memang lah tak boleh sbb belum masak kan , ouhh *angguk kepala* Pastu ayah tolong kutipkan buah kelapa sawit yang dah masak , warnanya merah . Then , ayah cakap ayah suka makan buah kelapa sawit ni masa kecik . Me : "Eh buah kelapa sawit ni boleh makan ke?" . Tiba-tiba makcik saya cakap yang buah tu boleh makan macam tu je . Pastu aku trylah makan macam tu je , tak rasa ape-ape pun . After that , try pulak bakar , rasa dia pelikk . Tak tau nak describe mcm mana . Ayah cakap ayah lagi suka makan buah tu bila rebus . aku pun kutip lah berapa biji nak bawak balik nnti nak rasa bila direbus :)
Bila bosan2 tu ternampak parang . Hah! muncul satu idea , apa kata tolong ayah dgn ayah zain (pakcik) tebang pokok nak? Dengan yakinnya ambik parang tu and then tebang dahan-dahan pokok . Best siott . Palin g susah nak tebang anak pokok kelapa . Tangan ni smpai dah keras . For the second time aku jakun tengok pokok kopi . Tapi pokok tu tinggi so , tengok je la kan . heh . Lepas balik tu satu badan sakit-sakit . Tangan dah bengkak sebab pegang parang lama sangat
Ekceli , tu lah pengalaman aku yang paling best . Coming soon ayah ajak bersihkan tanah atuk yang lain . Tapi tu persediaan dia kena rapi . Kena pakai boot , lengan panjang sbb tu hutan yang dah lama tak diusik . Masa kemas2 belakang rumah atuk tu pun cousin aku dah kena sengat lebah . Dekat kepala . Fuhh , nasib baik aku tak kena .
#Entrypanjangtapitakingatexamdahdekat XP

